Ika Danial
Keputusan UPU 10 Mei 2014 !!!
Sunday 18 May 2014 | 23:07 | 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 

Alhamdulillah rasanya hampir seminggu keputusan UPU telah dikeluarkan setelah sekian lama menghilangkan dirinya (Hilang dari radar katanya). Mula-mula patut keluar 5 Mei 2014 tapi ditangguhkan kepada 10 Mei 2014. Danny menunggu dengan sabarnya. Sambil-sambil tu Danny telah pun menyambung pengajian Pra-Universiti Tingkatan 6 di Sekolah Kluster Kecemerlangan, Maktab Sultan Abu Bakar [English College] Johor Bahru .

Akhirnya detik 10 Mei 2014 telah pun tiba. Tepat jam 12 tengah hari, Danny keluarkan telefon bimbit sewaktu rehat untuk semak keputusan UPU. Lama Danny tunggu , KPM (Kementerian Pemdidikan Malaysia) tak balas pun. Tak apa, Danny faham sebab mesti ramai yang tengah semak UPU. Sebab itu, talian 15888 begitu sibuk pada hari tu. Akhirnya dalam pukul 3 lebih baru KPM balas SMS Danny (berjanggut aku tunggu) . Alhamdulillah Danny dapat program W0010 Asasi Sains Hayat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (ADUHHH ! Jauhnya !) . Insya-Allah bakal doktor (ameen :) ). Rezeki Danny dapat kat Sarawak :) . Walaupun dalam hati Danny rasa sedih sebab perlu berjauh dengan keluarga, tapi untuk berjaya dan banggakan keluarga, guru serta rakan-rakan, Danny sanggup menghadapi segala cabaran ! (Waduh semangat nampak budak ni :D) .

Bila cakap dengan Mak danny, nampak mata Mak bergenang air mata. Bila tanya " Kenapa mata Mak berair ?" . Mak jawab " Sakit mata" (Mak sedih lah tu sebenarnya nak lepaskan anak tersayang :) ) . Danny sangat-sangat bersyukur sebab ramai lagi kawan Danny yang cemerlang dalam SPM sama-sama dengan Danny tak dapat. Ini semua rezeki. Allah tahu yang terbaik buat kita . Namun, dalam kegembiraan tu timbul juga rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan di EC. Tak apa, entry khas untuk sekolah form 6 Danny, Danny akan terbitkan nanti :) .

Segala persiapan alhamdulillah telah diselesaikan. Tiket-tiket flight dah ditempah (Terima kasih sangatt-sangat untuk uncle Danny, Ungku Abdullah Ibrahim sebab sponsor tiket flight Danny :) ) , pemeriksaan kesihatan dah dibuat. Sekarang tengah busy pula uruskan majlis kesyukuran sebelum Danny berangkat ke Sarawak. Oh ya, mesti ramai yang nak tahu kan apakah kelapan-lapan pilihan Danny dalam UPU ?? Jom !

1. Asasi Sains Hayat , Universiti Malaya (UM)
2. Asasi PINTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Asasi Sains Hayat , Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
4. Asasi Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
5. Asasi Pergigian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
6. Asasi Sains Hayat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Asasi Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Asasi Sains, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Insya-Allah doakan perjalanan Danny. Doakan juga Danny dapat Program Tajaan MARA-JPA yang akan keluar tak lama lagi :) . Ameen, terima kasih atas doanya ........
Temu Duga Program Ijazah Berkembar Jepun JAD-MARA 2014
Monday 14 April 2014 | 20:36 | 0 comments
Assalamualaikum & Morning guys !!!

Ok fine, I am aware that yang I dah lama tak update blog yang hampir-hampir I buang kat Muzium Johor ni haha.
Straight to the point actually Danny nak cerita tentang Temu duga Program Ijazah Berkembar Jepun Tajaan Yayasan Pelajaran Mara. Lepas SPM, Danny pun tak ada buat apa-apa kan. So, around December 2013 Danny ada apply program ni ikut keputusan percubaan SPM. At least, syarat dia kena Straight A's atau Near-miss dalam Percubaan SPM. Danny pun cubalah nasib, mana tau rezeki Allah :) .
Jadi, daripada mengumpul lemak yang tak terpikul ni kat rumah baiklah Danny buat aktiviti sikit haha. Pada 19 Februari 2014 yang lepas, Danny hadiri temu duga program ni di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru .

Yang Danny rasa bangga sikit tu rupa-rupanya Danny seorang sahaja pelajar SMK harian biasa yang hadiri temu duga tu ! sebab kebanyakannya pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Awwww !!! Dapatlah Danny 3 orang best friend kat sana , Syahmi from SDAR, Aishah from SESERI and Hafiz from SASEM :) .
(Memang ketawa tak ingat dunia lah HAHA :) !! Namanya kita orang budak straight A's haha :D !)
Dalam pukul 2.00 pm ,temu duga dimulakan dengan satu taklimat yang disampaikan oleh pegawai Yayasan Pelajaran MARA (YPM) .
Dalam 2.30 pm , ujian bertulis dimulakan. Indah rupa dari khabar ujian tu. Bila baca di blog-blog, ramai kata susah dan ketat. Tapi sebenarnya untuk adik-adik yang minat program ini, ujian bertulis tu tak susah pun. Cuma kita kena belajar lah sikit-sikit sebelum ujian tersebut dimulakan kerana soalan Ujian Bertulis tersebut ada soalan Fizik, Kimia , Matematik dan Matematik Tambahan yang kita belajar di sekolah dulu. Soalan asas-asas sahaja. Ikut 2014, ada 25 soalan objektif dan 5 soalan subjektif.
Lepas habis Ujian Bertulis, semua pelajar dibenarkan berehat dan makan petang. Ada karipap, kuih-muih sedap sangat, Maklumlah makanan hotel, mestilah sedap huhu :3.


Pukul 3.00 pm, Ujian Temu Duga pun dimulakan. Alhmadulillah apa yang Danny harapkan tercapai ! Temu duga tidak dijalankan secara individu tetapi secara duo iaitu dua orang akan masuk sekalai dalam satu sesi .
Danny punya giliran dalam pukul 3.30 pm. Satu pasangan dalam 30 minit sahaja. Wow ! Danny gementar gila sebab pasangan Danny budak Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) ! Budak SBP tu ! Siapalah Danny ni kan, tapi Danny cuba positifkan diri juga bahawa kita semua sama hebat sebab kalau tak hebat kita takkan terpilih untuk temu duga tersebut :) . Alhamdulillah ini bukanlah temu duga pertama Danny. So, Danny dah boleh biasakan diri. 
Masuk-masuk Danny ketuk pintu, beri salam sebab kedua-duanya Islam, salam tangan mereka (sebab dua-dua lelaki). Danny letakkan fail-fail sijil Danny atas meja penemu duga. Kemudian Danny dan kawan Danny tu duduk di tempat yang disediakan. Ada 2 buah kerusi yang jaraknya lebih kurang 1 meter daripada penemu duga . Oh ya ! Kawan Danny tu nama dia Hafiz , budaknya chubby (n_n) huhu .


Mula-mula sekali, penemu duga akan tanya "Please introduce yourself" . Danny nak tunjuk 'gentle' , Danny tunjuk kawan Danny tu perkenalkan diri dia dulu. Sebenarnya ini 'trick' ! Danny nak tengok kehebatan dia dan sambil-sambil tu Danny boleh ubah introduction yang dah Danny sediakan sebelum ni. 
(Nampak tak permainan dia ???? Haha :D)
Nak mudahkan kawan-kawan/adik-adik Danny, Danny akan senaraikan soalan-soalan yang penemu duga tanyakan kepada Danny dan Hafiz :

1. Please introduce yourself 
(Kalau boleh ceritakan aktiviti kokurikulum, latar belakang keluarga & moto hidup) so berbeza sikit daripada orang lain.
2. Why do you choose this course ? 
Kalau masa Danny, Danny ambil Mechanical Engineering. Buatlah 'research' sikit sebelum pergi interview. Berilah jawapan yang lain daripada yang lain. Kalau boleh, biarlah jawapan kita tu bukan semata-mata untuk keuntungan diri kita semata-mata tapi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara khususnya MARA. Ha, nampak kan ! Baru 'class' jawapan kita . Elakkan jawapan-jawapan 'cliche'. Contohnya , " I choose this course because I want to be an Engineer since I was small. I want to have a good work, a high salary, so that I could make my family do proud of me " . Tolonglah, guna yang lain sebab ramai yang akan guna jawapan yang lebih kurang sama :) . 
3. Why do you want to go to Japan ? 
If possible, bangkitkan bukan sahaja keistimewaan pendidikan di sana, tapi juga keistimewaan dari sudut budaya, sosiologi dan teknologi di sana . Baru menunjukkan bahawa kita nak ke Jepun bukan semata-mata nak belajar sampai dapat Ijazah, tapi nak juga menimba pengalaman dan merasai keistimewaan Jepun untuk diaplikasikan dalam pembangunan Malaysia.
4. What is your strength ? 
Adik-adik, cuba beri keistimewaan awak yang orang lain tak ada. Janganlah guna yang sama sahaja. Macam "I am the best student in my school", "I am the most pro in Maths,Physics and Chemistry in my school". Cari keistimewaan adik-adik yang lain daripada yang biasa :) .
5. Why do you think that we need to give you this scholarship ?
Ok ini soalan paling susah nak jawab. Cuba jawapan tu hadirnya daripada hati supaya kelihatan ikhlas dan jujur. Jangan sekali-kali tipe penemu duga ya adik-adik :) !

Oh ya, temu duga tu dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Apa yang Danny nak nasihatkan, bila waktu temu duga elakkan daripada bersikap terlalu 'over confident'. Relaks dan tenang sahaja. Banyakkan berdoa, berselawat dan bertenang. Apa yang penemu duga tanya, jawab sahaja. Insya-Allah. Sebagai manusia kita kena sentiasa berusaha dan Allah akan menentukan yang terbaik buat kita.
Alhamdulillah ! Danny dapat tawaran tu Jumaat lepas, 11 April 2014 . Tapi mungkin Danny tak ambil tawaran sebab Danny tak nak abaikan cita-cita asal Danny nak jadi seorang doktor/dentist. Doakan Danny dapat tajaan MARA-JPA sebab keputusan keluar petang ni ! Allahumma amin :) . 
* Next time, Danny share lagi !
Jelang-Menjelang Sukan SEA 2013
Sunday 8 December 2013 | 21:57 | 0 comments
Semarakkan Budaya Bersukan di Malaysia !

Tiga hari lagi, Sukan SEA akan tiba dan semua atlet dari seluruh pelosok Asia Tenggara akan berkampung di Myanmar.Teringat lagi semasa Sukan SEA 2011 sewaktu Malaysia menjulang piala dalam arena bola sepak menentang Indonesia.Kalau tak silap, gol sulung dijaringkan oleh Asrarudin Putra dan gol penalti terakhir oleh kapten Malaysia iaitu Badrol Bakhtiar.Semangnya amat manis tatkala kita menang dalam sesuatu sukan di peringkat nusantara ataupun global.Namun, apabila kalah sahaja mulalah punah-ranah orang menyumpah dan mengata.Sebagai rakyat Malaysia ni kan, sebenarnya  kita kena sentiasa menyokong atlet-atlet yang mewakili negara kita.Kita perlu berbangga kerana sekrang-kurangnya kita menghantar wakil untuk mengharumkan nama Malaysia tercinta.Cakap orang kita pandai, cuba bayangkan kalau kita jadi atlet lalu kita kalah.Lepas tu kena sumpah-seranah, apa perasaan kita ??? Panas Bro ! Panas ! Kan ? So, conclusion dia sokonglah atlet-atlet Malaysia tak kra mereka kalah ataupun menang.Kita rakyat Malaysia.Kita Satu Bangsa, Satu Negara.


MALAYSIA BOLEH !!!

Danny Hamka
Tokoh Nilam Kebangsaan 2013
9/12/2013
Dari Retina Seorang Anak
Monday 17 June 2013 | 03:24 | 0 comments

         Dari Retina Seorang Anak: Pengertian Hari Bapa


Babah,ayah,daddy,papa,walid,abi dan abah semuanya membawa maksud kepada seorang bapa.
Bersempena dengan Hari Bapa 2013 ini, saya ingin mengemukakan beberapa pendapat.Bagi saya sendiri ayah saya telah pun meninggal dunia sejak 2007.Maka, apabila pagi tadi saya duduk di depan rumah saya sambil mendengar radio, teringat pula akan arwah ayah saya satu-satunya Mohamad Hamka @ Abdullah Bin Hj. Othman.

Manusia, bersyukurlah andai kalian masih mempunyai seorang ayah pada hari ini.Tidak dapat dinafikan, kini tidak semua ayah yang berperangai baik.Namun, sebagai anak kita perlu menghormati ayah kita.Hari ini, ada pula anak-anak yang sanggup menghantar ayah mereka ke pusat penjagaan orang-orang tua.Sedarlah wahai anak bahawa sesungguhnya apa yang kita lakukan pada hari ini akan berbalik semula kepada kita pada masa akan datang.Jika hari ini kita menyisih bapa kita sendiri, siapa tahu apabila tua kelak anak kita pula menyisih kita. Wana'uzubillah.Setiap hari selepas solat, marilah kita bersama-sama mendoakan kedua ibu bapa kita agar merek sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah daku dan kedua ibu bapaku serta rahmatilah mereka seperti mereka  mengasihi daku sewaktu kecil. Amin."


Biarpun terkadang AYAH kita melakukan kesilapan yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri kita, namun sebagai anak kita perlu sentiasa memaafkan mereka kerana KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIHNYA AYAH BERKORBAN RAGA.Apalah salahnya kita memaafkan mereka agar suasana keluarga yang mawaddah dan sakinah mampu diwujudkan.InsyaAllah.

Kami anak-anakmu

Ingin memohon restu

Wahai ibuku Wahai ayahku

Ampunkan dosa-dosaku

Wahai ibuku Wahai ayahku 

Redakan akan diriku


Selagi nadi ayah kita masih berdenyut, hormatilah dan sayangilah mereka.Bagi bapa yang telah meninggal dunia, anak-anak usahlah bersedih kerana doamu pengikat kasih sayang mereka di syurga.
Selamat Hari Bapa bukan hari ini sahaja tetapi setiap hari ialah Hari Bapa .
Selamat Hari Bapa :) ! ..

Dari Retina Seorang Insan,
Danial Hamka...
Kasih Ibu Umpama Hajar ......
Friday 14 June 2013 | 21:08 | 0 comments
KASIH HAJAR...


                                                                      Gambar Hiasan..

Tika aku menangis
Engkau pasti tak tenang
Melihat air mata
Yang jatuh bercucuran
Kerana kehausan
Di tengah kepanasan

Pasti engkau berlari
mencari titis hujan
di kelapangan alam
yang tiada bersempadan
ke mana harus pergi
mencarikan bantuan
teguh menadah tangan
mengharap ihsan Tuhan



Tika aku menangis
engkau pasti tak tenang
melihat air mata
yang jatuh bercucuran
kerana kehausan
di tengah kepanasan

Hati ibu yang mana
bisa menahan
melihat anak
yang dalam keperitan
tidak kenal erti berkorban
tulus cinta dan kasih sayang
demi anak dalam kendongan
diiring doa dan rahmat Tuhan



Tika aku menangis
engkau pasti tak tenang
di kelapangan alam
yang tiada bersempadan
ke mana harus pergi
mencarikan bantuan
teguh menadah tangan
mengharap ihsan Tuhan..

Hati ibu yang mana dapat melawan
melihat anak yang dalam kesedihan
hanya ingin satu senyuman
terbit dari sinar harapan
kudrat hilang tetap menatap
cahaya mata oh dari Tuhan...



"Jangan biarkan sesaat itu berlalu begitu sahaja
Kerana sama ada sedar atau tidak,
Ada DERHAKA dalam diri kita ... "


 Renung-renungkan
Danial Hamka :) ...



Geng "Gila-Gila Pantun => Pantun Gila-Gila"
Friday 6 July 2012 | 00:40 | 0 comments
Assalamualaikum Semua =D ...
Ahhhh, rindunya aku dengan blog aku ni. Lawa tak sekarang ? Berhabuk bersawang tak ? ha3 :-D.Hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku semasa menyertai Pertandingan Pantun di peringkat Negeri Johor Darul Takzim.even dah lama aku tetap nak cerita juga.Alhamdulillah walaupun tidak bergelar johan tapi kami bersyukur kerana dapat berentap dengan Juara Bertahan bertahun-tahun iaitu Muar.Kami puas atas segala usaha kami.Cuma jika diberikan peluang lagi kami akan berusaha dengan lebih baik lagi tahun depan walaupun tak dapat Juara at least Naib or No. 3 ke kan sebab tahun depan kan tahun akhir kami di sini.First sekali, kami lawan dengan Kulaijaya.Pemantun pertamanya ialah Pemantun Terbaik so saingan agak sengit.Kemudian, kami berlawan dengan Muar.Agak seram tapi Muar memang peramah dan tak memandang rendah akan kami.Serta merta kita orang boleh "kamceng".Kami bersyukur kerana dengarnya waktu kami lawan dengan Muar bezanya markahnya hanya 2 markah.Syang kan ? Tapi kita orang bersyukur kerana sebenranya kita sama sahaja.Terima kasih kepada semua Pemantun-Pemantun Daerah Pasir Gudang:-
Pemantun Pertama: Mohamad Ika Danial Bin Mohamad Hamka a.k.a ONEIL !
                               
Pemantun Kedua: Nur Izziana Nadia si "cute-miut" ni kecik2 cili padi tau ha3 ...
                      
Pemantun Ketiga / Keempat: Nur Haziqah Roslan, suara dia yang lantang dan berani memang aku puji ...
WEI KORANG! Macam manapun kt 3 orang kat atas ni lar yang paling rapat sekali in pantun rite ?

Pemantun Ketiga Negeri: Siti Rohmah Satitan jawapan pantun die memang A++  tu lah aset kt ...
Pemantun Kelima: Aiman Hadzary nampak x2 ?
Semuanya terpulang kepada doa,usaha,ikhtiar dan tawakal kita.Alhamduliilah =D ... Btw, terima kasih sangat-sangat Stilah Hamzah sebab kau dah ubah suai blog aku jadi cantik macam ni.Bubye korang <3 ! ...
Kenapa Aku Menolaknya ?
Saturday 16 June 2012 | 06:02 | 0 comments
Aku memang tak dapat lupakan benda nie walaupun aku dah lupakannya ... Aku tetap rasa sedih kerana aku dah menolak sesuatu yang berharga ... dari SMKA Johor Bahru, MRSM Pontian, SM Sains Sembrong dan MRSM Pontian sekali lg semua itu impian aku ... Aku dapat semua tanpa peperiksaan ... Memang semangat aku berkobar-kobar untuk menuju ke sana ... Tetapi apabila masanya dah tiba aku mula dilanda pelbagai perasaan ... Persoalan Kenapa Aku Menolaknya? aku x boleh beri tahu la faktor peribadinya ... Tetapi kini aku bersyukur kerana walaupun aku masih di sini aku masih mampu belajar dengan baik ... Aku akan cuba buktikan aku akan berjaya walaupun di sini :-D ...

From Zero To Hero Insya-Allah :-D ...

About
Facebook | Follow
From Zero To Hero ... Insya-Allah ...

Scream here
Put your shoutbox codes here ; width 200

Navigation

About Links Entries