Ika Danial
Keputusan UPU 10 Mei 2014 !!!
Sunday, 18 May 2014 | 23:07 | 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 

Alhamdulillah rasanya hampir seminggu keputusan UPU telah dikeluarkan setelah sekian lama menghilangkan dirinya (Hilang dari radar katanya). Mula-mula patut keluar 5 Mei 2014 tapi ditangguhkan kepada 10 Mei 2014. Danny menunggu dengan sabarnya. Sambil-sambil tu Danny telah pun menyambung pengajian Pra-Universiti Tingkatan 6 di Sekolah Kluster Kecemerlangan, Maktab Sultan Abu Bakar [English College] Johor Bahru .

Akhirnya detik 10 Mei 2014 telah pun tiba. Tepat jam 12 tengah hari, Danny keluarkan telefon bimbit sewaktu rehat untuk semak keputusan UPU. Lama Danny tunggu , KPM (Kementerian Pemdidikan Malaysia) tak balas pun. Tak apa, Danny faham sebab mesti ramai yang tengah semak UPU. Sebab itu, talian 15888 begitu sibuk pada hari tu. Akhirnya dalam pukul 3 lebih baru KPM balas SMS Danny (berjanggut aku tunggu) . Alhamdulillah Danny dapat program W0010 Asasi Sains Hayat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (ADUHHH ! Jauhnya !) . Insya-Allah bakal doktor (ameen :) ). Rezeki Danny dapat kat Sarawak :) . Walaupun dalam hati Danny rasa sedih sebab perlu berjauh dengan keluarga, tapi untuk berjaya dan banggakan keluarga, guru serta rakan-rakan, Danny sanggup menghadapi segala cabaran ! (Waduh semangat nampak budak ni :D) .

Bila cakap dengan Mak danny, nampak mata Mak bergenang air mata. Bila tanya " Kenapa mata Mak berair ?" . Mak jawab " Sakit mata" (Mak sedih lah tu sebenarnya nak lepaskan anak tersayang :) ) . Danny sangat-sangat bersyukur sebab ramai lagi kawan Danny yang cemerlang dalam SPM sama-sama dengan Danny tak dapat. Ini semua rezeki. Allah tahu yang terbaik buat kita . Namun, dalam kegembiraan tu timbul juga rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan di EC. Tak apa, entry khas untuk sekolah form 6 Danny, Danny akan terbitkan nanti :) .

Segala persiapan alhamdulillah telah diselesaikan. Tiket-tiket flight dah ditempah (Terima kasih sangatt-sangat untuk uncle Danny, Ungku Abdullah Ibrahim sebab sponsor tiket flight Danny :) ) , pemeriksaan kesihatan dah dibuat. Sekarang tengah busy pula uruskan majlis kesyukuran sebelum Danny berangkat ke Sarawak. Oh ya, mesti ramai yang nak tahu kan apakah kelapan-lapan pilihan Danny dalam UPU ?? Jom !

1. Asasi Sains Hayat , Universiti Malaya (UM)
2. Asasi PINTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Asasi Sains Hayat , Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
4. Asasi Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
5. Asasi Pergigian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
6. Asasi Sains Hayat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Asasi Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Asasi Sains, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Insya-Allah doakan perjalanan Danny. Doakan juga Danny dapat Program Tajaan MARA-JPA yang akan keluar tak lama lagi :) . Ameen, terima kasih atas doanya ........

About
Facebook | Follow
From Zero To Hero ... Insya-Allah ...

Scream here
Put your shoutbox codes here ; width 200

Navigation

About Links Entries