Dari Retina Seorang Anak
Monday, 17 June 2013 | 03:24 | 0 comments
Dari Retina Seorang Anak: Pengertian Hari Bapa
Babah,ayah,daddy,papa,walid,abi dan abah semuanya membawa maksud kepada seorang bapa.
Bersempena dengan Hari Bapa 2013 ini, saya ingin mengemukakan beberapa pendapat.Bagi saya sendiri ayah saya telah pun meninggal dunia sejak 2007.Maka, apabila pagi tadi saya duduk di depan rumah saya sambil mendengar radio, teringat pula akan arwah ayah saya satu-satunya Mohamad Hamka @ Abdullah Bin Hj. Othman.
Manusia, bersyukurlah andai kalian masih mempunyai seorang ayah pada hari ini.Tidak dapat dinafikan, kini tidak semua ayah yang berperangai baik.Namun, sebagai anak kita perlu menghormati ayah kita.Hari ini, ada pula anak-anak yang sanggup menghantar ayah mereka ke pusat penjagaan orang-orang tua.Sedarlah wahai anak bahawa sesungguhnya apa yang kita lakukan pada hari ini akan berbalik semula kepada kita pada masa akan datang.Jika hari ini kita menyisih bapa kita sendiri, siapa tahu apabila tua kelak anak kita pula menyisih kita. Wana'uzubillah.Setiap hari selepas solat, marilah kita bersama-sama mendoakan kedua ibu bapa kita agar merek sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T.
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah daku dan kedua ibu bapaku serta rahmatilah mereka seperti mereka mengasihi daku sewaktu kecil. Amin."
Biarpun terkadang AYAH kita melakukan kesilapan yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri kita, namun sebagai anak kita perlu sentiasa memaafkan mereka kerana KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIHNYA AYAH BERKORBAN RAGA.Apalah salahnya kita memaafkan mereka agar suasana keluarga yang mawaddah dan sakinah mampu diwujudkan.InsyaAllah.
Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku Wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku Wahai ayahku
Redakan akan diriku
Selagi nadi ayah kita masih berdenyut, hormatilah dan sayangilah mereka.Bagi bapa yang telah meninggal dunia, anak-anak usahlah bersedih kerana doamu pengikat kasih sayang mereka di syurga.
Selamat Hari Bapa bukan hari ini sahaja tetapi setiap hari ialah Hari Bapa .
Selamat Hari Bapa :) ! ..
Dari Retina Seorang Insan,
Danial Hamka...

