Ika Danial
Temu Duga Program Ijazah Berkembar Jepun JAD-MARA 2014
Monday, 14 April 2014 | 20:36 | 0 comments
Assalamualaikum & Morning guys !!!

Ok fine, I am aware that yang I dah lama tak update blog yang hampir-hampir I buang kat Muzium Johor ni haha.
Straight to the point actually Danny nak cerita tentang Temu duga Program Ijazah Berkembar Jepun Tajaan Yayasan Pelajaran Mara. Lepas SPM, Danny pun tak ada buat apa-apa kan. So, around December 2013 Danny ada apply program ni ikut keputusan percubaan SPM. At least, syarat dia kena Straight A's atau Near-miss dalam Percubaan SPM. Danny pun cubalah nasib, mana tau rezeki Allah :) .
Jadi, daripada mengumpul lemak yang tak terpikul ni kat rumah baiklah Danny buat aktiviti sikit haha. Pada 19 Februari 2014 yang lepas, Danny hadiri temu duga program ni di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru .

Yang Danny rasa bangga sikit tu rupa-rupanya Danny seorang sahaja pelajar SMK harian biasa yang hadiri temu duga tu ! sebab kebanyakannya pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Awwww !!! Dapatlah Danny 3 orang best friend kat sana , Syahmi from SDAR, Aishah from SESERI and Hafiz from SASEM :) .
(Memang ketawa tak ingat dunia lah HAHA :) !! Namanya kita orang budak straight A's haha :D !)
Dalam pukul 2.00 pm ,temu duga dimulakan dengan satu taklimat yang disampaikan oleh pegawai Yayasan Pelajaran MARA (YPM) .
Dalam 2.30 pm , ujian bertulis dimulakan. Indah rupa dari khabar ujian tu. Bila baca di blog-blog, ramai kata susah dan ketat. Tapi sebenarnya untuk adik-adik yang minat program ini, ujian bertulis tu tak susah pun. Cuma kita kena belajar lah sikit-sikit sebelum ujian tersebut dimulakan kerana soalan Ujian Bertulis tersebut ada soalan Fizik, Kimia , Matematik dan Matematik Tambahan yang kita belajar di sekolah dulu. Soalan asas-asas sahaja. Ikut 2014, ada 25 soalan objektif dan 5 soalan subjektif.
Lepas habis Ujian Bertulis, semua pelajar dibenarkan berehat dan makan petang. Ada karipap, kuih-muih sedap sangat, Maklumlah makanan hotel, mestilah sedap huhu :3.


Pukul 3.00 pm, Ujian Temu Duga pun dimulakan. Alhmadulillah apa yang Danny harapkan tercapai ! Temu duga tidak dijalankan secara individu tetapi secara duo iaitu dua orang akan masuk sekalai dalam satu sesi .
Danny punya giliran dalam pukul 3.30 pm. Satu pasangan dalam 30 minit sahaja. Wow ! Danny gementar gila sebab pasangan Danny budak Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) ! Budak SBP tu ! Siapalah Danny ni kan, tapi Danny cuba positifkan diri juga bahawa kita semua sama hebat sebab kalau tak hebat kita takkan terpilih untuk temu duga tersebut :) . Alhamdulillah ini bukanlah temu duga pertama Danny. So, Danny dah boleh biasakan diri. 
Masuk-masuk Danny ketuk pintu, beri salam sebab kedua-duanya Islam, salam tangan mereka (sebab dua-dua lelaki). Danny letakkan fail-fail sijil Danny atas meja penemu duga. Kemudian Danny dan kawan Danny tu duduk di tempat yang disediakan. Ada 2 buah kerusi yang jaraknya lebih kurang 1 meter daripada penemu duga . Oh ya ! Kawan Danny tu nama dia Hafiz , budaknya chubby (n_n) huhu .


Mula-mula sekali, penemu duga akan tanya "Please introduce yourself" . Danny nak tunjuk 'gentle' , Danny tunjuk kawan Danny tu perkenalkan diri dia dulu. Sebenarnya ini 'trick' ! Danny nak tengok kehebatan dia dan sambil-sambil tu Danny boleh ubah introduction yang dah Danny sediakan sebelum ni. 
(Nampak tak permainan dia ???? Haha :D)
Nak mudahkan kawan-kawan/adik-adik Danny, Danny akan senaraikan soalan-soalan yang penemu duga tanyakan kepada Danny dan Hafiz :

1. Please introduce yourself 
(Kalau boleh ceritakan aktiviti kokurikulum, latar belakang keluarga & moto hidup) so berbeza sikit daripada orang lain.
2. Why do you choose this course ? 
Kalau masa Danny, Danny ambil Mechanical Engineering. Buatlah 'research' sikit sebelum pergi interview. Berilah jawapan yang lain daripada yang lain. Kalau boleh, biarlah jawapan kita tu bukan semata-mata untuk keuntungan diri kita semata-mata tapi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara khususnya MARA. Ha, nampak kan ! Baru 'class' jawapan kita . Elakkan jawapan-jawapan 'cliche'. Contohnya , " I choose this course because I want to be an Engineer since I was small. I want to have a good work, a high salary, so that I could make my family do proud of me " . Tolonglah, guna yang lain sebab ramai yang akan guna jawapan yang lebih kurang sama :) . 
3. Why do you want to go to Japan ? 
If possible, bangkitkan bukan sahaja keistimewaan pendidikan di sana, tapi juga keistimewaan dari sudut budaya, sosiologi dan teknologi di sana . Baru menunjukkan bahawa kita nak ke Jepun bukan semata-mata nak belajar sampai dapat Ijazah, tapi nak juga menimba pengalaman dan merasai keistimewaan Jepun untuk diaplikasikan dalam pembangunan Malaysia.
4. What is your strength ? 
Adik-adik, cuba beri keistimewaan awak yang orang lain tak ada. Janganlah guna yang sama sahaja. Macam "I am the best student in my school", "I am the most pro in Maths,Physics and Chemistry in my school". Cari keistimewaan adik-adik yang lain daripada yang biasa :) .
5. Why do you think that we need to give you this scholarship ?
Ok ini soalan paling susah nak jawab. Cuba jawapan tu hadirnya daripada hati supaya kelihatan ikhlas dan jujur. Jangan sekali-kali tipe penemu duga ya adik-adik :) !

Oh ya, temu duga tu dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Apa yang Danny nak nasihatkan, bila waktu temu duga elakkan daripada bersikap terlalu 'over confident'. Relaks dan tenang sahaja. Banyakkan berdoa, berselawat dan bertenang. Apa yang penemu duga tanya, jawab sahaja. Insya-Allah. Sebagai manusia kita kena sentiasa berusaha dan Allah akan menentukan yang terbaik buat kita.
Alhamdulillah ! Danny dapat tawaran tu Jumaat lepas, 11 April 2014 . Tapi mungkin Danny tak ambil tawaran sebab Danny tak nak abaikan cita-cita asal Danny nak jadi seorang doktor/dentist. Doakan Danny dapat tajaan MARA-JPA sebab keputusan keluar petang ni ! Allahumma amin :) . 
* Next time, Danny share lagi !

|
About
Facebook | Follow
From Zero To Hero ... Insya-Allah ...

Scream here
Put your shoutbox codes here ; width 200

Navigation

About Links Entries