Kasih Ibu Umpama Hajar ......
Friday, 14 June 2013 | 21:08 | 0 comments
KASIH HAJAR...
Tika aku menangis
Engkau pasti tak tenang
Melihat air mata
Yang jatuh bercucuran
Kerana kehausan
Di tengah kepanasan
Pasti engkau berlari
mencari titis hujan
di kelapangan alam
yang tiada bersempadan
ke mana harus pergi
mencarikan bantuan
teguh menadah tangan
mengharap ihsan Tuhan
Tika aku menangis
engkau pasti tak tenang
melihat air mata
yang jatuh bercucuran
kerana kehausan
di tengah kepanasan
Hati ibu yang mana
bisa menahan
melihat anak
yang dalam keperitan
tidak kenal erti berkorban
tulus cinta dan kasih sayang
demi anak dalam kendongan
diiring doa dan rahmat Tuhan
Tika aku menangis
engkau pasti tak tenang
di kelapangan alam
yang tiada bersempadan
ke mana harus pergi
mencarikan bantuan
teguh menadah tangan
mengharap ihsan Tuhan..
Hati ibu yang mana dapat melawan
melihat anak yang dalam kesedihan
hanya ingin satu senyuman
terbit dari sinar harapan
kudrat hilang tetap menatap
cahaya mata oh dari Tuhan...
"Jangan biarkan sesaat itu berlalu begitu sahaja
Kerana sama ada sedar atau tidak,
Ada DERHAKA dalam diri kita ... "
Danial Hamka :) ...





