Tanda-tanda kematian ... Buat renungan ... Kita bersama ...
Saturday, 10 March 2012 | 19:17 | 0 comments
1. 100 hari sebelum kematian ....Ini adalah petanda permulaan yang diberikan oleh Allah dan hanya akan disedari hamba-hambanya yang dikehendaki.Semua orang islam akan mendapat tanda ini, cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda biasanya berlaku pada waktu asar.Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran seolah-olah menggigil.Bagi yang tidar sedar mereka akan membiarkan saja dan tanda itu tidak memberikan manfaat.Bagi mereka yang menyedari, mereka tau itu merupakan tanda awal kematian dan mereka akan menggunakan masa untuk menggandakan amalan.
2. 40 hari sebelum kematian.
Tanda ini juga akan berlaku pada waktu asar.Bahagian pusat akan berdenyut-denyut.Pada waktu ini, maka gugurlah daun yang tertulis nama kita dari pohon yang berada di arasy Allah.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula mengikuti kita sehingga hari kematian.Boleh terjadi malaikat maut menunjukkan wajahnya sekali imbas dan jika ini terjadi, bagi sesiapa yang terpilih mereka akan berasa bingung seketika.
3. 7 hari sebelum kematian.
Selera makan sudah kurang.
4. 3 hari sebeum kematian.
Akan terasa denyutan di tengah dahi iaitu antara dahi kanan dengan dahi kiri.Jika tanda ini telah diketahui, maka berpuasalah keesokannya agar perut kita tidak mengandungi banyak najis dan memudahkan orang yang menguruskan kita.Pada tanda lain, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi, hidungnya akan perlahan-lahan turun dan ini dapat diketahui apabila kita melihatnya dari tepi / sisi.Telinga juga akan layu dan bahagian luar akan beransu-ansur ke dalam.Telapak kaki juga kan semakin turun dan sukar ditegakkan.
5. 1 hari sebelum kematian.
Berlaku sesudah waktu Asar di mana kita merasakan denyutan di bahagian ubun-ubun di kepala.Tanda ini menandakan bahawa kita tidak akan berjumpa lagi dengan asar pada keesokannya.
6. Tanda kahir sebelum kematian.
Kita akan mersakan sesuatu keadaan yang dingin di bahagian pusat dan ianya kan turun ke pinggang dan seterusnya naik ke halkum.Ketika ini kita hendaklah terus mengucap kalimah syahadah jika mampu atau kalimah Lailahaillallah atau sekadar Allah sahaja dan berdiam diri untuk menanti malaikat maut mengambil nyawa kita kembali kepada Allah yang menghidupkan kita dan kepadaNya kita kembali .......
Rumusan:

